Thursday, 29 October 2015

Dimanakah Letaknya Suara MTUC Untuk Membela Nasib Kaum Pekerja Malaysia

Hari ini ramai pekerja di negara Malaysia sudah hilang keyakinan terhadap sistem buruh yang sedia ada.
Isu pekerja yang dibangkitkan oleh Kongres Kesatuan Kerja atau MTUC mempunyai banyak kelemahan dan nampak tidak membawa apa apa kesan perubahan yang positif.
MTUC hari ini telah gagal untuk melindungi hak pekerja di dalam negara.Mereka sudah kelihatan hilang taring dan kegagahan untuk menjaga hak pekerja.
Apakah MTUC sudah lemah dan hilang idea untuk menegur pihak kerajaan hari ini?
Pekerja marhaen hari ini telah merungut atas tindakan tindakan yang diambil oleh syarikat syarikat Kerajaan GLC dimana ramai pekerja telah ditindas dengan sepenuhnya oleh syarikat gergasi di Malaysia.
Malangnya kerajaan Malaysia pula kian nampak buat bodoh ketika isu pekerja ini dibangkitkan di Parlimen maupun di arena media.
Atas kesan ini, beratus ribu pekerja Malaysia telah hilang pendapatan hidup mereka atas sebab syarikat GLC kerajaan sentiasa nampak lebih mementingkan keuntungan dari menjaga nasib pekerja mereka.
Tidak seperti di negara lain, isu pekerja mereka sentiasa diperhangatkan dan diperjuangkan oleh kesatuan pekerja yang sentiasa akan bertindak secara mengadakan mogok besar besaran.
Di Malaysia banyak kesatuan pekerja pula dilihat amat lemah dan tidak berani bertindak terhadap majikan atau bersuara untuk pekerja mereka.
MTUC pula yang mempunyai ramai keahlian pekerja pula dilihat sebagai pencacai oleh sesetengah pihak kerajaan malah ramai dari wakil MTUC juga dikatakan telah disogok dengan wang ringgit supaya tidak bertindak lantang. MTUC pula selain dari memberi kenyataan akhbar pula tidak membuat apa apa yang dianggap drastik kecuali mengadakan seminar dan mesyuarat diluar negara.Wakil MTUC pula sentiasa keluar negara untuk hadir mesyuarat bersama pihak pihak di luar negara, kononnya untuk mengukuhkan isu pekerja.
Malangnya, mereka tidak nampak begitu agresif apabila pulang ke tanah air untuk lawan syarikat syarikat GLC atau menyelar polisi yang mengugatkan kedudukan pekerja di dalam negara. Malang sekali pula pihak kerajàan tidak ambik pot keatas isu pekerja dan jelas sekali, MTUC pula nampak dijinak dan tidak membuat apa apa  tentangan hebat yang sepatutnya.Kempen untuk membantah juga tidak nampak langsung. Jangan cakap pula MTUC tidak pernah mengarak secara besar besaran seperti kesatuan di luar negara kerana ramai takut diambil tindakan tata tertib.
Jadi, apakah fungsi MTUC yang sebenar? Mari kita lihat.
MTUC yang mempunyai banyak cawangan cawangan wakil dari seluruh Malaysia mempunyai dana yang banyak dan dinyatakan dana ini juga telah disuntik oleh kerajaan Malaysia.
Presiden dan juga wakil MTUC pula dibayar gaji dan elaun lumayan untuk duduk di mana mana kerusi agensi pekerja dibawah kerajaan.
Seperti ramai yang tahu, MTUC juga mempunyai wakil di KWSP atau EPF dimana situlah letaknya kuasa dan suara mereka untuk menenangi isu caruman wang simpanan pekerja.
Kita juga dapati MTUC diberi suntikan dana tiap tiap tahun oleh kerajaan khusus melancarkan program pekerja dan kesatuan. Setiap wakil ini juga diberi elaun untuk menyertai seminar tersebut.Yang boringnya, muka yang sama pula yang sentiasa hadir seminar ini. Ini adalah rungutan oleh wakil Kesatuan lain yang tidak pernah dijemput ke seminar mereka.
Matlamatnya ialah MTUC diguna pakai sebagai tali barut diantara pihak kerajaan dan pekerja. Jikanya isu pekerja dibangkitkan,  MTUC seharusnya nampak membuat kenyataan untuk mempertahankan hak pekerja tetapi kenyataan mereka mendapat kurang sambutan dari kalangan media dan juga coverage luar negara. Tengok TV, jarang kita akan nampak kegiatan mogok MTUC dilakukan kecuali kenyataan biasa. Itu pun suam suam kuku sahaja.
Ramai kesatuan gabungan pula duduk dibawah payung MTUC dan membayar yuran affiliation atau keahlian mengikut bilangan keahlian kesatuan masing masing.
Jadi jika masalah berlaku di tempat kerja ahli ini,MTUC akan turun untuk memberi sokongan semasa piket.
Lebih dari itu, ramai berpendapat selama ini MTUC dilihat sebagai "saviour pekerja " di dalam negara tetapi malangnya, isu politik dalaman MTUC telah merosakan prinsip sebenar bagi menegakan hak pekerja di dalam negara.
Kesatuan kesatuan di dalam negara pula mempunyai wakil di dalam MTUC dan tiap kali bermesyuarat,mereka akan bersama untuk melantik atau mencadang sesuatu polisi baru pekerja untuk dibawa ke peringkat atasan MTUC.
Mandat pekerja ini pula dibawa usul dalam persidangan GC atau General Council MTUC.
Yang sentiasa menjadi pertanyaan kaum pekerja dan juga wakil Kesatuan ialah mengapakah MTUC pula diberikan mandat untuk bersuara bagi pihak pekerja?
Mengapa tidaknya pula MTUC bertindak secara presure group untuk membawa isu isu pekerja secara lebih dinamik ke peringkat kerajaan dan memaksa kerajaan untuk mendengar rintihan dan isu pekerja yang sebenar?
Dinyatakan pula wakil MTUC yang memegang jawatan tinggi pula akan memilih isu isu pekerja yang mempunyai lebih makna kepada mereka untuk ditengahkan dan ini sudah menjadi tanda tanya oleh ramai pekerja.
Kita juga tahu pihak wakil MTUC yang terdiri oleh "otai otai" kesatuan seperti dari Railway RUM, NUBE, CEUPM, Kesatuan Hotel dan Kelab, TNB, NUFAM,Kesatuan Eletronik dan yang lain lain. Tetapi ada juga diantara kesatuan ini tidak mendapat peruntukan serata ataupun menjadi wakil peringkat tinggi di dalam MTUC.Jadi mereka yang bukan dalam keahlian MTUC pula akan ditepikan dan isu pekerja mereka pula akan dipendamkan.
Sepatutnya MTUC harus bertindak secara lebih agresif untuk menyelamat ramai pekerja di dalam negara dari dibuang kerja. Matlamat mereka adalah untuk memperlindungi rakyat pekerja dan lebih kuatkan suara mereka jika adanya isu isu penindasan berlaku.
Yang jadi nyata, ramai dikalangan otai otai MTUC ini berpuak puak dan mempentingkan kedudukan mereka di dalam MTUC. Keyakinan pekerja hari ini terhadap MTUC secara keseluruhanya amatlah kurang dan ramai memohon untuk keluar dari menjadi ahli  MTUC hari ini.
Sebaliknya, MTUC harus nampak lebih mantap dan agresif untuk menenangi isu pekerja. Wakil Kesatuan yang menjadi wakil di MTUC harus dinamik dan mesti sentiasa bersuara untuk membangkitkan isu isu pekerja di dalam negara.
Yang ternyata hari ini, kedudukan mereka amatlah mengecewakan dan tidak lagi memberi makna yang sebenar kepada kaum pekerja di dalam  negara. MTUC harus lebih berani bersuara bagi menampakan kekuatan sebagai sebuah Kongres Pekerja di dalam negara yang maju.
Sebaliknya, pekerja pula menjadi mangsa dan sentiasa dihimpit dengan kesusahan dengan tindakan Union Busting majikan yang berterusan. Seramai 200,000 pekerja hari ini telah kehilangan tempat bergantung dan mata pencarian mereka dan angka ini akan terus naik jika MTUC berterusan dengan sikap buat dunno mereka.
Keadaan ekonomi yang tidak menentu juga akan mengugat kedudukan ramai kaum pekerja di dalam negara ini dan ini akan sentiasa menjadi kebimbangan kepada mereka.
Jika masalah ini berterusan, besar kemungkinan kita sebagai rakyat Malaysia akan lihat kejatuhan ekonomi negara yang lebih teruk dan industri pekerjaan di dalam negara akan terus mundur ke belakang.
Yang harus, MTUC kena ada banyak perubahan dengan adanya penukaran barisan wakil mereka. Dari barisan Presiden dan juga wakil wakil yang tidak siapa yang kenal, mereka ini semua harus memberi laluan kepada darah muda atau kepada mereka yang lebih berani dan lantang untuk bersuara bagi membangkitkan isu pekerja di dalam negara hari ini.