Monday 5 December 2016

MEDIA OH MEDIA...




Rakyat pekerja belengu apabila isu pekerja di dalam negara ini mendapat kurang perhatian di dewan Parlimen ataupun di media kaca TV Malaysia. Sebabnya, mungkin isu isu pekerja dalam negara kurang penting bagi rakyat lain untuk didengar....itulah omong omong STP dengar dari ramai pekerja pekerja di sini. "Kita bukan superstar atau artis yang sentiasa nak keluar di kaca TV, nak cakap pasal isu dan masalah pekerja kami pula selalu ditapis atau langsung banyak pihak media tidak mahu hadir buat liputan" kata pekerja pekerja yang baru baru ini disingkir dan dihentikan oleh syarikat GLC kerajaan oleh kerana mereka tidak lagi mampu bekerja sebab selalu sakit...yang datang pula buat storyline yang berbeza apa yang dicerita....aduuhhh pening pening...

Apakah isu pekerja ini tidak penting untuk dihujah di Parlimen atau di sharekan untuk pengetahuan khalayak orang ramai? 

Ramai pekerja pekerja kita hari ini menangguh harapan agar isu mereka diwawarkan oleh pihak media tetapi malangnya tidak ramai mereka yang tahu bagaimana untuk mengadakan satu press conference atau memanggil pihak media untuk bercerita mengenai isu isu mereka.

Ramai pihak luar syorkan MTUC digunakan sebagai tempat BIRO ADUAN PERKERJA yang lebih aktif dan tiap tiap kali isu isu pekerja dibangkit, MTUC sebagai pihak orang tengah harus mengambil initiatif untuk memanggil pihak media untuk membuat "liputan atau press covering" untuk pekerja pekerja yang malang ini! 

Kalau tak, macam mana nak naikan isu pekerja dengan pihak Kerajaan dan umum kepada rakyat jelata?? STP tak faham macam mana punyalah banyak blog blog untuk pekerja dan Facebook boleh membantu kerana yang penting adalah mainstream media juga...tidak satu pihak media yang boleh membuat liputan media secara besar besaran jika tanpa dipanggil untuk bekerjasama dengan pihak MTUC. Adakah isu isu ini telah digelapkan atau sengaja diblackout oleh Editor suratkhabar sebelum disiarkan? 

Tidak banyak isu isu pekerja dinaikan di medan media hari ini...cuba lihat di kaca TV3 atau RTM dan mana mana siaran berita...kalau boleh, STP nak tahu apa sebabnya isu isu pekerja ini tidak mendapat liputan besar? Banyak pekerja pekerja di dalam negara kita ini telah dihentikan dan juga telah dianiaya tetapi masalah mereka tidak ramai yang tahu...cuma yang segleintir dan yang mungkin ada kabel besar boleh mendapat liputan media kut...malangnya isu isu yang tidak menarik dan tidak berfaedah pulak dimuatkan naik dan disiarkan oleh pihak media...apa punya kerja yang mereka buat ni? Tak kesian ker kat warga pekerja pekerja ni semua? STP pun salahkan wakil wakil pekerja yang tidak aktif dan tidak mahu isu isu ini dinaikan di kaca TV...

Apakah mereka ini semua sudah lupa janji janji mereka yang kononya bila menjadi wakil atau otai otai Kesatuan nanti, nasib pekerja mereka harus dibela dengan semua cara yang sedia ada...STP anggap bila isu pekerja dinaikan dan dihebohkan oleh pekerja baru ada tindakan tindakan yang bersesuaian akan diambil oleh sesetengah pihak mengenai isu isu pekerja tersebut...

MTUC juga harus naikan KESEDARAN ISU PEKERJA melalui media hari hari dan harus adakan kenyataan kenyataan akhbar yang luas sehingga boleh membuka mata pemimpin pemimpin kerajaan dan rakyat Malaysia di luar! Malangnya mana pergi kenyataan kenyataan akhbar semua hari ini? Adakah 28 juta rakyat tahu nasib dan masalah pekerja hari di dalam negara?? Tidak mungkin semua tahu mengenai isu isu pekerja jika tidak dimuatkan naik ke platform media...

MTUC juga harus sediakan satu NEWS TEAM atau TEAM MEDIA yang sentiasa aktif membuat coverage atas isu isu pekerja di dalam negara. Mereka boleh buat covering seperti PIKET dan MOGOK jika adanya berlaku dan timbul isu isu ini. Ini akan lagi menguatkan SUARA PEKERJA di dalam negara...

Pekerja juga seharusnya mengadadakan protes besar besaran bersama kesatuan mereka jika mahu ketengahkan isu isu mereka agar ia dapat lebih perhatian umum... ia juga satu mode untuk desakan terhadap pihak pihak yang tidak mahu menyelesaikan masalah pekerja. Ia juga boleh mencari jalan penyelesaian secara efektif. Pihak majikan sudah tentu tidak mahu liputan media jika berlakunya satu krisis di dalam syarikat mereka...ini sama sekali tidak bagus untuk imej syarikat mereka.

MTUC kena mencari saluran bagus untuk menaikan isu isu pekerja hari ini kerana ramai pekerja masih tengah dalam keadaan yang dilema, ramai masih tidak bekerja dan masalah mereka belum selesai secara efektif... jika isu isu ini tidak mendapat perhatian kerajaan atau rakyat jelata, nampaknya mereka tidak akan gentar dan tidak mahu menyelesaikan masalah pekerja hari ini... Langkah langkah yang berkesan harus diambil oleh pihak MTUC secara tegas...dasar dan polisi pekerja harus diperkuatkan dan diperkukuhkan. Jika tak buat sesuatu hari ini esok mungkin beratusan ribu pekerja akan hilang mata pencarian mereka....

Jika semua buat bodoh dan senyap, maka tengelamlah isu pekerja ini buat selama lamanya. MTUC juga harus edarkan suratkhabar sendiri dan buletin kepada pihak rakyat. Wang ini boleh disalurkan untuk membantu kaum pekerja yang tertindas. Jangan tunggu sampai kilang atau syarikat tutup, beribu pekerja dibuang pekerjaan, nasi sudah jadi bubur, baru kita nak bergerak dan bising! Itu sudah terlambat namanya.....Akhirnya, ramai pekerja dalam negara kita ini akan terkubur oleh beban beban yang tidak diketengahkan..



KOS KEHIDUPAN RAKYAT DICUKAI BERKALI GANDA - TEKANAN HIDUP YANG PALING TERUK DALAM ERA TAHUN 2000!

Cukai GST, Harga Tol, Astro, Telekom, Top Up Talipon Bimbit, Internet, Harga Minyak dan harga barang barang keperluan seharian semua ini telah membebankan rakyat jelata hari ini...Harga semua naik melambung, jadi inilah masalah yang hari hari menganggu pemikiran beratus ribu pekerja hari ini terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan bandar. Atas sebab tinggal dibandar seperti Kuala Lumpur dan bandar lain...kos seharian makin meningkat! 

Sebabnya barang barang keperluan kita naik adalah kerana matawang ringgit kita kian lemah dan ekonomi negara juga kian meleset. Kita membayar perbezaan matawang ringgit dengan US dollar untuk barang barang yang diimpot dan cukai yang dikenakan keatas barang barang tersebut adalah tinggi hari ini! Mengapakah"value atau nilai" wang ringgit kita lemah? Ia disebabkan mata wang kita sudah tidak laku nilainya dan juga sebab ia tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan ekonomi negara kita seperti 20 tahun dahulu...

Kerajaan pula gagal untuk "peg atau tag" wang kita pada tahap 3.80 dan membiarkan nilai ringgit kian jatuh sehingga paras ICU...masih ada yang mengatakan ia bagus untuk ekonomi negara Malaysia??Aduuuhh...buntu buntu...

Atas sebab inilah ia menjadi satu desakan oleh pakar ekonomi negara luar yang bimbang wang ringgit berbanding dengan US dollar akan terus jatuh ke tahap 7 kali ganda berbanding sekarang iaitu 4 kali ganda! Tetapi ada pula pakar pakar kritik dari kerajaan yang mengatakan kita sebagai rakyat ni bodoh dan tak tahu apa...ada pula seorang ini menyatakan kita sebagai rakyat tahu bising sahaja dan tidak tahu sebab sebab wang nilai kita jatuh dan beliau menulis dalam sebua artikel tersebut bertajuk "Malaysians are now currency experts" - Goh Wei Liang. 


Baca disini


Siapakah GOH WEI LIANG sebenarnya?


Beliau seorang pakar ekonomis negara yang "freshie" dan berkhidmat dibawah agensi kerajaan PEMANDU yang diterajui oleh Datuk Seri Idris Jala (pakar MAS Turnaround) dan beliau seorang belia muda berbangsa Cina yang diserap masuk bersama golongan golongan pakar ekonomis negara yang lain dan mereka inilah memberi analisa mengenai "Financial Market Trend" di dalam negara Malaysia hari ini dan khidmat mereka digunakan untuk membantu kerajaan Malaysia "memandu" kritik kritik ke arah yang lebih positif dan menarik melalui komen dan repot yang disediakan...

BUKAN TAK BAGUS BUDAK NI TETAPI BELIAU MASIH BERINGUS DAN BELUM MATANG....kenyataan beliau itu juga boleh mengelirukan rakyat Malaysia...apa motif beliau?? 

Itu yang pelik budak budak seperti dia ni lah yang diserapkan oleh Kerajaan hari ini dan macam mana beliau boleh memberi komen mengenai nilai harga ringgit berbanding dengan mantan Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir yang pada ketika dahulu telah membuat satu tindakan drastik apabila nilai mata wang ringgit kita jatuh ke paras 3.8... walhal ramai "financial hedge fund managers" yang telah berkhidmat di syarikat luar antarabangsa Forex Trading atau syarikat firma saham antarabangsa telah menyatakan bahawa nilai stok market di dalam negara ini rendum punca kelemahan polisi dan krisis kerajaan! 

Aspek kebenaran juga adalah punca dari mereka yang membeli stok atau saham syarikat negara Malaysia yang nilai berbilion dan pembeli ini juga akan jual balik saham saham mereka jika berlakuknya krisis di dalam negara ini. Ini akan memudaratkan lagi nilai mata wang ringgit...keyakinan pembeli saham juga akan memberi impak besar kepada ekonomi negara jika ramai diantara mereka ini melepaskan dan menjual saham mereka kembali...jadi, kita lihat balik sebab sebab krisis yang kian melibatkan isu di dalam negara...semua ini telah ternyata terang atas dasar polisi kerajaan dan tindak laku kerajaan sendiri akan terus menjejaskan keadaan ekonomi negara Malaysia...ini tidak perlu pakar saintis atau ekonomis untuk tahu selok belok mengapa nilai wang ringgit itu rendum! 

Jadi, jika saudara Goh Wei Liang ini kata hanya beberapa pekara sahaja yang menyebabkan kita sebagai rakyat akan jadi susah, di sini saya ingin kita menyatakan bahawa cuma satu perkara yang akan menyebabkan semua rakyat jatuh dan akan merasa susah...dan satu sebab ialah negara negara luar sudah kehilangan kepercayaan kepada polisi dan kepimpinan di dalam negara kita! Itulah hasil kejatuhan nilai wang ringgit dan ekonomi kita yang paling benar...

Ada pula mengatakan ini adalah isu ekonomi dunia atau global ekonomi tetapi atas sebab juga déficit atau hutang negara kian meningkat di luar negara, kita sebagai rakyat biasa terpaksa menangung kos kos keperluan hidup hari ini yang amat tinggi. Macam macam yang kita sebagai rakyat pekerja yang kerja siang malam terpaksa hidup dan mahu menanggung kos kos yang kian naik tinggi hari ini tetapi masih mendapat gaji dan pendapatan yang rendah! 

Sebuah keluarga yang tinggal di bandar Kuala Lumpur hari ini yang mempunyai 2 anak harus mempunyai "income atau pendapatan" sekurang kurangnya RM5,000 sekeluarga bagi menampung keperluan keluarga mereka untuk tempoh sebulan tetapi malangnya, ramai membawa pulang hanya dengan pendapatan RM2,000 kebawah! Tak percaya? Tanya abang abang polis atau pegawai pegawai Kerajaan hari ini...

Jika seseorang itu bekerja tanpa mempunyai pendapatan minima RM3,000 sebulan, mereka terpaksa menampung hidup yang amat sukar dan mungkin akan menanggung beban hutang lebih semasa mereka masih bekerja. Bayangkan jika suami sahaja yang bekerja dan terpaksa menampung isteri dan dua anak serta membayar hutang rumah, kereta, bayaran keperluan seharian dan benda benda yang lain, berapa agaknya dia kena keluar bajet sebulan? 

Adakah pendapatan gaji pekerja majoriti di dalam negara ini dibayar sama rata atau lumayan? Hasil dari research atau statistik pendapatan sebuah negara seperti Malaysia hari ini telah meningkat di mana majoriti pekerja pekerja di dalam negara ini berada di bawah paras 70% yang berpendapatan gaji rendah atau dibawah pendapatan RM2,000 dan 30% lagi berpendapatan dengan gaji lumayan atau berpendapatan lebih dari RM3,000. 


Rakyat pula hari ini masing masing membayar harga barang keperluan yang sama di pasaran tetapi gaji yang dibawa pulang atau diterima masih sama atau dibawah standard negara yang maju! Apa logik semua ini? Isu ini harus menjadi satu masalah yang harus dikupas dan didebat oleh pihak wakil Kesatuan pekerja dan juga dengan kerajaan untuk mencari formula bagi mengurangkan tanggungan kos kos keperluan hidup.

Sebagai negara yang maju, kerajaan Malaysia  harus mencari jalan yang lebih positif dan bukan cari jalan yang senang iaitu menaikan harga barang keperluan rakyat kita! Hari ini apa yang kita dapat tahu ialah harga barang barang keperluan terus naik melambung walhal formula untuk membenteras kenaikan kos kehidupan masih tidak ada apa apa perubahan! Jadi bagaimanakah kita hendak selesai isu isu yang kian menjadi beban dan satu masalah besar kepada warga pekerja hari ini? Bukankah MTUC juga harus mencari jalan yang pintas untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan kerjaaan tanpa membuang masa lagi...tetapi malangnya rakyat pekerja tidak nampak perbezaan dan penurunan dalam isu tersebut

Jika tangga gaji pendapatan sesorang pekerja itu berbeza tetapi bayaran harga barang keperluan tempatan harga jualan semuanya sama, ia boleh menjadi satu titik persoalan yang baru buat terhadap kerajaan....Masanya sudah tiba kos kos keperluan seharian seperti minyak, beras, gula dan barang barang keperluan keluarga seharusnya tidak dikenakan cukai sebab rakyat jelata masih membayar cukai pendapatan yang tinggi kepada kerajaan tiap tiap tahun. Jadi apa logik jika kita sebagai pembeli atau penguna membayar cukai barang dan lebih lagi membayar cukai pendapatan kepada kerajaan? Bukankah ini bermakna kita dikenakan cukai berkali ganda..?

Ia sama sekali tidak adil jika rakyat sendiri dibebankan hari ini oleh pelbagai benda yang dikenakan cukai termasuklah benda benda kemudahan yang lain...manakah contribution atau pemberian balik kerajaan kepada rakyat jelata secara adil?

Seperti kerajaan baru baru ini mengatakan melalui Bajet 2016, bahawa mereka yang berpendapatan tinggi, cukai pendapatan tinggi akan dikenakan keatas mereka yang bertaraf begini tetapi malangnya mereka yang berpendapatan rendah pula masih dicukai lagi? Aduuiii...masuk akal ke tak? 

Ini masih tidak adil kerana mengapa pekerja yang menanggung beban kos kehidupan serata kena bayar lagi balik kepada kerajaan cukai cukai pendapatan kita tiap tiap tahun? 

Pendapatan pekerja hari ini masih rendah dan masih tidak mampu menampung hidup tetapi cukai pendapatan tetap juga dikenakan....??

Jadi, apa logik nya kita nak kena bayar cukai pendapatan jika semua barang yang diperlukan oleh rakyat dimasuk kos cukai lagi.....esok nak kencing tepi jalan pun kena cukai pulak ker sebab nanti masuk toilet awam dikenakan cukai pulak! 

INGAT INGATLAH NAK KENAKAN CUKAI PAK MENTERI OIII....JANGAN SAMPAI RAKYAT KENA GADAI SATU BADAN ATAS SEBAB NAK BAYAR CUKAI.....KAMI UNDI ANDA UNTUK MERINGANKAN BEBAN KAMI BUKAN UNTUK LEBIH MEMBEBANKAN KAMI....

Baca dibawah dan klik: 









Sunday 4 December 2016

BUAT 2 KERJA JIKA TAK MAMPU KATANYA

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/buat-2-kerja-untuk-tampung-kos-sara-hidup-kata-ahmad-maslan

So sekarang semua pekerja disuruhnya oleh Pak Menteri supaya mereka buat dua pekerjaan jika nak menampung kos sara hidup mereka.

Kenyataan ini sungguh dianggap tidak masuk akal serta tidak sensitif langsung kepada kehiudpan pekerja pekerja di dalam negara.

Mengapakah pekerja atau rakyat pulak hendak dibebankan dengan isu begini? Seharusnya sebagai Menteri, mereka seharusnya cari jalan yang positif dan mengajak rakyat berbincang tentang hala tuju isu kos sara hidup yang kian tinggi di Malaysia.

Jika kerajaan tidak mampu memberi idea yang positif seharusnya carikan alternatif supaya rakyat tidak dibebankan oleh masalah kenaikan harga di negara. Mungkin yang kaya tidaklah merasa keadaan yang sedia ada ini sebab ramai orang orang mereka ni kaya kaya, tak kisah pasal naik turun harga barang sebab bank mereka tu dah ada berjuta juta.

Bagi rakyat yang bekerja dan mencari nafkah dari pagi sehingga malam, seharusnya kesusahan ini dirasai juga oleh pihak di atas kerajaan dan janganlah mereka ini lupa diri. Rakyat majority hari ini sedang mengalami bermacam macam masalah dan sehingga hari ini, masih tidak ada penyelesaian untuk menenagkan isu kos sara hidup.

Sebagai kerajaan, mereka harus mengambil sikap pro aktif dan jangan terlampau ego sangat dengan mengeluarkan kenyataan yang menyakit hati rakyat.

Jika Menteri punya kerja hanya untuk "tangkis dan menahan" komen komen rakyat yang kian menganggap kerajaan langsung tidak prihatin dan mengambil sikap tidak peduli dengan keadaan yang sebenarnya, kami syorkan supaya Menteri Menteri kita ini semua letak jawatan segera.


ISU POLITIK MENARIK PERHATIAN MASYARAKAT

Isu dalaman parti UMNO dan juga PAS juga sudah naik mata khalayak ramai masyarakat sebab kononya mereka ini sepakat untuk menahan kedudukan parti masing masing.

Masalahnya adakah kedua parti ini mampu untuk bekerja sama dan menyelesaikan masalah isu kaum orang Melayu di dalam negara? Seperti yang kita liht hari ini, Melayu pun sudah berpecah dan ramai sudah berbelah bagi dengan sokongan mereka. Orang Melayu kita pula ramainya mengambil sikap buat tak nampak dan buat bodoh sebab ramai yang sudah penat dengan kenyataan kenyatan datangnya dari ahli politik hari ini. Kalau dilihat sikap ahli politik negara pula, ramai dari mereka ini mengambil sikap "berhati hati" atau bermain tengah sebab takut dilucut dari jawatan