Sunday 1 November 2015

Mengapa Perwakilan MTUC Gagal Dengan Objektif Mempertahankan Hak Kaum Pekerja Di Malaysia




MTUC atau Kongres Kesatuan Pekerja di dalam negara sama sekali telah gagal dengan langkah mereka untuk memperjuangkan hak pekerja di dalam negara.

Sejaknya wujud MTUC pada tahun 1949, mereka telah satu ketika menjadi tulang belakang dalam menenangi isu pekerja malah MTUC menjadi satu platform untuk semua pekerja, maupun warga Malaysia atau warga asing, mereka telah pernah memperjuang dan mempertahankan isu dan kebajikan pekerja.

Setelah beberapa kali penukaran barisan Presiden dan wakil wakil di dalam MTUC, ramai di antara mereka dianggap sebagai catalyst pekerja yang tidak mempunyai tujuan yang sebenarnya. Malangnya, diantara wakil wakil GC atau General Council sendiri, banyak tikam menikam telah berlaku diantara mereka. Tiap tiap persidangang pula ada pulak isu isu seperti pergolakan diantara wakil wakil Kesatuan yang tidak habi habis  menyoalkan kedudukan ahli jawatankuasa dan peranan sebenar MTUC.

Isu ini telah membuat ramai dari ketua kesatuan yang mempunyai keahlian menyampah dan mereka akan boikot mesyuarat GC dengan tidak menghantar wakil mereka untuk mendapatkan mandat. Malah ada yang tidak pernah hadir mesyuarat tetapi memegang jawatan sebagai ahli atau wakil MTUC. Bila piket, mereka memilih puak yang mana mereka akan support.

Ada juga barisan depan MTUC pula tidak memberi support atau sokongan atas sebab personaliti masing masing. Yang Presiden pula tak bersetuju dengan Timbalan Presiden dan yang Setiausaha Agong pula tidak setuju dengan pendapat atau idea Presiden. Ramai sudah nampak keretakan di dalam jawatankuasa MTUC sendiri dimana masing masing masing telah bawak diri dan lupa objektif MTUC yang sebenar. Atas sebab inilah banyak perkara tidak dapat diselesaikan oleh mereka dan wujudlah isu penindasan pekerja yang semakin ketara.

Ada pula yang memegang kepentingan hanya untuk bermesyuarat dengan Menteri dan ahli politik atau sibuk naik turun naik turun hadir konvensyen MTUC. Ini semua duit tu...nak dapat elaun, nak memilih mana pulak yang dia pergi dan hadir. Bila hal piket, malas nak turun atau tak nampak muka langsung. Apa cerita ni.

Bila bertanya mengenai masalah pekerja, mereka bercakap seolah olah macam betul betul berjuang untuk pekerja tetapi yang sebenar, tak ambik pot langsung.

Ya, memang bukan semua wakil yang bersikap begini tetapi majoriti wakil dan barisan depan MTUC ini memang nampak tidak ngam, selfish dan bersikap egoistik. Masing masing ada pendapat sendiri dan tidak selaras selalu bila hendak membuat sesuatu untuk kepentingan pekerja. Inilah menimbul banyak masalah dalaman bertahun lamanya di dalam MTUC.

Ada pula diantara puak MTUC ini pulak tidak setuju dengan Timbalan MTUC yang aktif dalam isu pekerja dan sambil itu memegang jawatan sebagai ahli Parlimen. YB MP ini pula akan turun semasa piket dan bertindak sebagai pembela pekerja. Dia juga dikatakan lantang dalam segi pekerja di dalam hujahan Parlimen. Dia ni memang bagus tetapi tidak mendapat support dari wakil MTUC yang sedia ada. Sebenarnya isu ini tidak menjadi masalah jika semua diantara wakil depan MTUC ini memahami peranan masing masing dan bersetuju sebulat suara untuk melaksanakan objektif sebenar iaitu untuk lawan dan membela nasib pekerja di dalam negara.

MTUC mempunyai lebih 500,000 keahlian yang terdiri dari semua pihak Kesatuan di dalam Malaysia tetapi malangnya otai otai Kesatuan ini pulalah yang memeningkan dan memeritkan isu pekerja. Bila adanya satu Kesatuan ditindas atau ahli mereka dibuang, tidak ada support yang diberikan oleh otai otai MTUC kecuali sorang dua. Yang peliknya bila ada piket kawasan atau tempat kilang kecil yang berpiket, wakil MTUC cuma hantar sorang untuk wakilkan isu pekerja ini.

Yang sedih Presiden atau semua wakil yang lain tak turun dan support!! Apa cer...adakah sebab mereka tidak ngam dengan wakil Kesatuan dan ahli yang ditindas itu pula jadi isu perkauman yang besar di MTUC? Sejak bila pula adanya puak puak untuk memilih siapa turun siapa jangan turun?

Objektif MTUC seharusnya menunjuk tauladan sebenar mereka dan fight untuk pekerja yang ditindas. Bukan pilih bulu! Macam rakan dalam satu kilang ni duk mengeluh, buat piket 20 orang sahaja yang hadir dan batang hidung Presiden jarang sekali nampak! Kata nak bantu kami tetapi akhirnya kami terpaksa selesaikan masalah kami melalui pegawai wakil Kesatuan lain dan majikan. Nasib ada yang kesian kepada kami, keluh member sorang ini. Katanya lawan untuk pekerja tetapi hampeh.....

Sebab tulah kami kata mengapa MTUC hari ini sudah hilang fokus dan taring gigi mereka. Motif dan objektif mereka semua sudah lari dan lihatlah sendiri betapa beraninya majikan dan Kerajaan untuk lawan MTUC atau buat bodoh sebab barisan MTUC memang lemah giler!

Baca sini jika tak percaya. http://www.mtuc.org.my/no-government-will-bother-about-mtuc/

Jadi, baiklah pekerja itu sendiri selesai masalah mereka dengan majikan sendiri jika MTUC sendiri tidak boleh buat apa apa. 

Hari ini, kita lihat betapa banyak Kesatuan dan wakil pekerja pula ditendang keluar dari syarikat. Ramai wakil ini pula tidak mendapat perlindungan sebab sistem yang selama ini sungguh lemah dan tidak memihak mereka. Jadi, manakah perubahan untuk menguatkan perlindungan untuk Wakil Kesatuan yang seharusnya dilindungi oleh Akta Akta dan undang undang yang sedia ada? Adakah MTUC tentang oleh pihak Kerajaan dan bantu puak puak yang ditindas? 

Seperti Grup G18, Renesas Eletronik, Bank NUBE, KTM RUM, MAS, Proton dan wakil Kesatuan yang lain lain, mereka semua diasak dan ditendang oleh majikan mereka dan manakah penyelesaian dari MTUC untuk membantu puak puak ini? MTUC harus terus enjut Kerajaan atau Kementerian Sumber dan guna kuasa mereka untuk memperlindungi kaum Kesatuan jugak! MTCU nampak buat bodoh dan tidak langsung mampu untuk selesaikan masalah mereka atau mengsyorkan kepada Kerajaan agar isu ini dibendung once and for all! 

Bukankah Kerajaan harus menghormati dan mendengar nasihat wakil MTUC bila isu ini semua jadi?? Jika wakil Kesatuan ini tidak terbela oleh MTUC, bagaimakah mereka nak jaga hak dan kepentingan berjuta pekerja di dalam negara ini? Beribu pekerja dan rakyat marhaen Malaysia sudah dihentikan semenjak beberapa tahun ini dan MTUC masih tidak nampak bersuara untuk membuat sesuatu! Apa ke halnya??

Isu ini semua sudah jadi viral diantara pekerja sendiri dan hasilnya hari ini ramai diantara mereka marah kepada tindakan "pondan & bisu MTUC" yang nampak tidak guna langsung untuk memperlindungi kaum pekerja di dalam negara ini. Macam mana kata "saviour pekerja" jika isu untuk memperkuatkan Kesatuan dan melindungi pekerja ini pun tak boleh diselesaikan?

Sudahlah...ramai dah kata mereka akan sertai grup yang baru dan akan keluar menjadi ahli MTUC. Kami rasa masa sudah tiba untuk MTUC bangun atau dikuburkan buat selamanya kerana bila isu isu pekerja tidak nampak ada hasilnya, maka tidak gunalah MTUC wujud. Baik sahaja tubuhkan NGO seperti JERIT, PSN, Bersih atau yang mana mana organisasi yang ada "telur" untuk lawan penindasan terhadap rakyat pekerja di dalam negara. Sudahlah, jangan kita jadi bodoh jika MTUC sendiri tidak boleh nak menjerit dan lawan untuk melindungi isu penindasan pekerja. 

Ramai di antara pekerja dan wakil Kesatuan hari ini sudah mula pandai menilaikan objektif sebenar MTUC, tak payahlah kaum pekerja atau kesatuan lain berpura pura untuk menyokong MTUC jika MTUC itu sendiri lemah dan atas sebab otai otai Kesatuan dan barisan pertama MTUC diberikan sokongan mereka atas sebab nak jaga status atau kepentingan mereka sendiri. 

Wujudnya blog ini hari ini pula adalah usaha orang orang yang pernah duduk di dalam MTUC telah nampak kelemahan dan sikap MTUC yang sentiasa berkhayal dan melamun dalam tidor. Sebenarnya, MTUC tidak kuat dan mereka sudah hilang semua kekuatan mereka atas sebab telah menjadi boneka sesetengah pihak di dalam Kerajaan. 

Fikir fikirkanlah yer dan jika kita semua ingin maju sebagai warga pekerja di dalam negara yang maju, idea dan perubahan drastik harus diambil untuk kepentingan dan masa depan pekerja. Yang paling nyata, untuk menjadi wakil Kesatuan pekerja yang kuat, mereka semua kena ada TELUR! Pandai pandailah untuk memperjuangkan hak dan kebaikan kaum pekerja dan bukan untuk kepentingan diri sendiri! MTUC MESTI UBAH!

Bersambung lagi....










No comments:

Post a Comment