Wednesday, 4 November 2015

PEKERJA JANGAN MUNDUR & UNDUR TAPI KENA BANGUN AWAL!


MENGAPA SIKAP DISKRIMINASI TERHADAP PEKERJA SWASTA?

Baru baru ini ramai yang terdiri dari golongan pekerja kita hari ini merasa tidak berpuas hati dengan tindakan dan kenyataan Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2016 di Parlimen.

Mengapakah ramai pekerja swasta sehingga hari ini masih ditepikan dan tidak mendapat perhatian melalui Bajet tersebut di mana kerajaan menaikan gaji minima pekerja di sektor awam sehingga RM1200.00 tetapi pekerja swasta hanya diberikan RM1000.00! Adakah pekerja swasta yang seramai lebih 10 juta ini tidak membantu atau sama sama membangun ekonomi negara?  

Bukankah pekerja pekerja swasta ini juga berhak untuk mendapat layanan yang sama dan tangga gaji minima yang sama rata dengan pekerja awam. Sepatutnya kenaikan gaji untuk pekerja patut diselaraskan dengan polisi negara Malaysia untuk kemajuan bersama dan bukan mengasingkan mereka melalui skim kenaikan gaji. Kenapa kena ada diskriminasi dan perbezaan diantara gaji pekerja swasta dan gaji pekerja awam pula? Adakah sebab 1.2 juta pekerja awam ini adalah pengundi Kerajaan BN dan pekerja yang lain itu bukan pengundi?

Inilah sebabnya mengapa pekerja di swasta amat tidak menyukai cara cara kerajaan hari ini membantu lebih pekerja di sektor awam dari sektor swasta. Kerajaan kurang memberikan perhatian secara holisitik kepada pekerja pekerja yang bukan di bawah gajian mereka. 

Sudahlah tu, ramai pula di antara pekerja swasta membayar cukai yang tinggi dan adalah antara golongan "middle income tax payers" pula. Jangan lupa juga, ramai mereka dikenali sebagai golongan pekerja yang menaikan nama dan imej negara serta membangunkan ekonomi Malaysia. 

Lihatlah Proton, Petronas, Sime Darby, MAS, Air Asia dan syarikat syarikat yang mempunyai taraf standard antarabangsa tetapi kesian pulak, pekerja pekerja ini tidak mendapat perhatian kerajaan Malaysia langsung. Bukankah mereka ini semua rakyat Malaysia jugak? Tak layak ker mereka ini semua mendapat perhatian Kerajaan hari ini setelah berpuluh tahun memajukan ekonomi negara untuk kepentingan rakyat Malaysia?

Bukan kita hendak menangis atau mengadu nasib mereka ini yang sepatutnya dilindungi tetapi peliknya pekerja swasta yang begitu ramai dan terdiri dari orang orang Melayu kita yang di singkirkan begitu sahaja dan di"diskriminasi"kan. Tidak ker Kerajaan tahu bahawa semua pekerja ini juga berhak untuk mendapat kenaikan gaji, bonus dan segala insentif seperti pinjaman rumah dengan pembayaran faedah bank yang rendah, tetapi pelik mengapa pula pekerja swasta ini pula kena bayar semua ini dengan harga tinggi tinggi belaka?

Bukankah sebagai pekerja di negara ini, kita semua harus merasai hasil titik peluh kita sama rata, bukan hanya membayar faedah bank yang sentiasa tinggi dan tetap melonjak, bayaran tol yang tinggi, bayaran cukai yang makin melambung padahal nilai gaji kita masih seperti 20 tahun dulu! Tidakah semua ini menjadi beban kepada pekerja pekerja yang sedia ada hari ini? 

Kita tidak nampak bagaimana isu ini yang bertahun lama dibawa ke peringkat MTUC tidak mendapat apa apa perubahan langsung dan kebaikan kepada pekerja di negara ini. Banyak pekerja hari ini ditekan atas sebab kenaikan harga barang, gaji tidak naik dan hasil pendapatan amat kurang untuk dibawa pulang! Mana logiknya pekerja kerja siang malam, kena bayar cukai tinggi dan juga bayar loan atau pinjaman kepada bank macam nak pecah kepala! Bayangkan kalau seseorang itu bekerja siang malam dan gaji pendapatan sebulan setelah tolak EPF dan cukai lain hanya akan  tinggal RM900.00 untuk tahan sebulan!

Ini belum lagi ditolak dengan kos bayaran rumah dan kereta, duit minyak, Tol, GST dan juga untuk pembelanjaan barang keperluan seharian untuk keluarga. Macam nak hidup di dalam kawasan Metropolitan seperti Kuala Lumpur hari ini dengan hanya gaji RM1,000?? 

Pak Menteri pula hari ini kata semua rakyat jangan risau sebab boleh pakai jalan alternatif jika tak nak pakai tol,tapi kena bangun awal! Apa punya otak dan pemikiran Menteri yang ada dalam kerajaan hari ini? Adakah sebab beliau sebagai Menteri mendapat gaji sebulan RM20,000, kereta mewah kerajaan, minyak dan tol tak payah risau dan juga semua bayaran rumah ditanggung oleh kerajaan! 

Kalau pekerja bergaji macam Pak Menteri ini bolehlah cakap besar...yang masalah, kita pekerja pula yang kena tanggung semua dan depa ni sedap mulut boleh suruh kita bangun pagi untuk elak bayar tol! Mana tak serap darah bila dengar kenyataan bodoh seorang Menteri! 


                                           
  'Bangun awal untuk elak bayar tol, guna jalan alternatif"......

Itulah sebabnya jika kita sebagai rakyat pekerja mempunyai keberanian untuk membantah polisi Kerajaan yang sentiasa menindas kita, secara besar besaran kita harus adakan satu piket, baru tengok apa kata Menteri Menteri ni semua esok! Boleh tak mereka semua tidur lena jika semua pekerja di dalam negara ini mogok serentak dan tak pergi kerja? Apa agaknya berlaku jika satu hari nanti semua warga pekerja turun dan mogok secara besar besaran?

Satu idea yang telah diutuskan kepada MTUC untuk mengadakan satu "Nationwide Piket" supaya kerajaan akan lihat betapa siksanya pekerja pekerja di dalam negara hari ini mengalami tekanan hidup dan juga masalah kewangan dalam situasi ekonomi yang meleset. Mereka semua harus sedar, jangan tekan rakyat kita sehingga tak boleh nak bernafas....apa apa pun sebelum naikan harga barang, kena pikir macam mana nak elakan tekanan hidup terhadap rakyat. Mengapa Kerajaan tak potong elaun Menteri atau MP dan juga potong pembelanjaan kerajaan yang berbilion supaya tekanan hidup ini tidak kena batang hidung rakyat? Sikit sikit bolehlah, nanti bila terlampau sangat, jangan pulak kita jadi macam negara Filipina dan Bangkok dimana Kerajaan digulingkan! 

Ramai orang kita hari ini terdesak dan jangan sampai yang bunuh diri atas sebab tekanan hidup di dalam negara. Kalau dilihat hari ini, terlampau banyak orang sudah jadi giler sehingga sanggup membunuh atas sebab tekanan hidup yang kian teruk...

EMPTY U SEE (MTUC)




Isu ini sudah dipanjatkan kepada pihak wakil Kesatuan MTUC atau EMPTY U SEE oleh pihak Kesatuan Pekerja bahawa pihak mereka ini sudah hilang keupayaan untuk membuat sesuatu yang boleh mendesak kerajaan untuk mengambil perhatian dan menyelesaikan isu isu pekerja. 

Macam saya katakan dahulu, jika pihak wakil MTUC takda "telur" nak protest atau mogok secara besar besaran, baik tutup sahaja MTUC tu...merugikan wang Kesatuan jika mereka cuma jadi pemerhati sahaja. Isu pekerja kena diberi perhatian hari ini dan sampai bila nak tunggu dan selesaikan masalah yang haarus diberi keutamaan hari ini?

Masalahnya mereka ini tetap dengan pendirian ego mereka dan mereka gagal untuk mendengar suara suara dan pekikan pekerja yang sentiasa mengkritik tindakan kerajaan yang hampir nak bunuh semua pekerja di dalam negara ini. 

MTUC juga gagal untuk membela nasib pekerja di dalam syarikat GLC dan swasta dan mereka juga telah gagal untuk menjaga kebajikan kaum pekerja tersebut. Jika dilihat baru baru ini berapa ramai pekerja sudah dihentikan oleh syarikat ini dan masalahnya kian berterusan. 


SYARIKAT GLC - SIAPA YANG PUNYA KALAU BUKANYA ORANG MELAYU

Mengapa syarikat syarikat di GLC dapat perlindungan dan peruntukan yang kadang kadang tidak masuk akal oleh kerajaan? Kerajaan memanglah nak jaga periuk nasi syarikat syarikat depa ni sebab bila berkempen esok, senang nak mintak cek untuk berkempen! Biar beratusan ribu pekerja tak kerja asal syarikat mereka ini dapat elak dari di tutup walaupun sudah muflis!

Nak kata bantu orang Melayu, majoriti yang telah kena tindas adalah orang Melayu juga! Macam mana pula UMNO kata nak bela nasib orang Melayu walhal yang ramai ini semua yang ditendang adalah orang Melayu! 

DRB HICOM, MAS, PROTON & BANK CIMB MALAYSIA adalah syarikat syarikat yang KLASIK di mana semua orang tahu syarikat gergasi ini sudah hampir jadi muflis. MAS pula sudah pecat hampir 8,000 pekerja dan tidak lama lagi ramai pekerja mereka ini akan dipecat sebelum akhir tahun. Sama juga dengan Bank CIMB dan Proton, masing masing telah buang pekerja mereka atas sebab ekonomi meleset. Ramai lagi pekerja pekerja dari industri lain akan tergugat dan akan kehilangan pekerjaan pada tahun depan atas sebab isu ekonomi kita hari ini. 

Tetapi jika dilihat keadaan ini, pekerja pekerja ini semua telah hilang mata pencarian hidup mereka dan sudah menerima pampasan yang tidak mencukupi untuk menanggung hidup mereka buat beberapa tahun yang akan datang. Jadi, apakah RESCUE PLAN yang sedia ada untuk pekerja pekerja ini yang telah kehilangan pekerjaan mereka? Adakah mereka ini akan ditanggung oleh pihak kerajaan sehingga mereka mendapat pekerjaan yang lain?

Isu ini juga menjadi satu masalah dimana MTUC sendiri sehingga hari ini belum mendapat kata putus dari pihak kerajaan. Tuk sah cakap pasal isu insuran perlindungan kehilangan pekerjaan, isu COLA pun kerajaan tak nak layan! Jadi, apa cerita pula sekarang yang mereka ini semua nak kata mereka boleh selesai dan duduk satu meja dengan pihak Kerajaan untuk menyelesaikan masalah pekerja! 


MACAM MANA KERAJAAN HENDAK MENYELESAIKAN MASALAH PEKERJAAN DI DALAM NEGARA?

Ahli Ahli Politik pula dikatakan sibuk duk cakap hal isu lain dan mereka telah lupa bahawa rakyat pekerja  juga hari ini kian susah sebab mereka semua bertekak pasal isu yang sama di dalam Parlimen. Balik balik isu 1MDB, GST dan RM2.6 Bilion tetapi masalah penganguran kian menjadi setiap hari! Sampai bila nak habis macam ni?? Yang susah, rakyat juga dan kita masih menunggu keputusan sampai dunia dah nak kiamat! Mak oii...

Tolonglah yer YB YB semua, bila nak bawak isu isu ini semua ke Parlimen, fikir juga bahawa rakyat sedang semua menanggung beban yang amat dan masalah mereka masih tak selesai! Isu barang naik harga juga tak boleh nak dielak dan masalah semua ini kian bertimbun. 

Esok bila persidangan Parlimen dan habis, semua senyum dan balik ke kawasan masing masing. Yang kita tahu, isu dan masalah rakyat masih berlanjutan dan kena tunggu persidangan tahun depan pula.

Inilah isu isu yang kena kita semua tanggung tiap tiap tahun dan jangan kita lupa, Kerajaan hari ini kian berani untuk melaksanakan apa apa polisi tanpa rundingan dengan mana mana pihak. Isu semasa kita sudah menjadi kemaruk sehingga ramai rakyat kita sudah nak cabut ke luar negara! Masalahnya, orang orang yang diamanahkan dan bertanggung jawab sudah lupa diri hari ini.

Baru baru ini kenyataan dari seorang Menteri pula menyatakan lebih 160,000 graduan pelajar Malaysia masih gagal untuk mencari pekerjaan di negara Malaysia. Kenyataan ini memang membuat kita sebagai pekerja buntu dan bertanyakan bagaimana pulak ramai graduan ini masih belum bekerja. Adakah pekerjaan di dalam negara masih tidak mendapat sambutan yang baik atau sebaliknya, graduan pelajar ini suka memilih pekerjaan dan tidak mahu bekerja di negara Malaysia atas sebab bayaran gaji negara ini masih rendah berbnding dengan negara negara yang lain?

Macam mana mereka nak bekerja dengan gaji dan pendapatan yang sungguh rendah di Malaysia sedangkan mereka telah membelanjakan fi pelajaran yang sungguh tinggi sehingga mencecah beratusan ribu ringgit! Kerajaan pula gagal menenangi isu ini dan masih tidak boleh menyelesaikan masalah isu pekerjaan untuk graduan ini di dalam negara.  Sebab tu bila rakyat kata jangan buat kenyataan bodoh, Pak Menteri semua ni ego dan marah! Sebenarnya siapa yang nampak bodoh kalau tak Pak Menteri sendiri? 




BIAR TAK PAYAH UNDI, JIKA WAKIL RAKYAT SENTIASA MENYUSAHKAN KITA!

Ramai berpendapat bahawa jika wakil rakyat sendiri tidak boleh selesai masalah rakyat dan isu isu negara, maka baik kita sama sama tidak payah turun undi. Sesiapa yang nak undi, mesti akur dan janji kepada rakyat mereka sebelum diundi. Kita sebagai rakyat harus faham bahawa Menteri Kabinet terdiri dari 57 orang, wakil Parlimen 222 orang dan mereka inilah dilantik oleh rakyat Malaysia. Sepatutnya mereka harus bekerja dan berkhidmat untuk rakyat dan bukan sebaliknya. 

Sama juga dengan wakil MTUC hari ini, jangan nak senang lenang dan lupa tanggung jawab mereka untuk kaum pekerja.....

Jadi jika kita hendah buat perubahan, 30 juta rakyat Malaysia harus fikir dan buat analisa lebih mendalam untuk mengelak dari membuat kesilapan seperti hari ini lagi. Yang rugi, rakyat juga, yang untung mereka yang dilantik.

Kita perlukan perubahan drastik dan masa sudah tidak memihak kita semua. Hari ini kita lihat sendiri betapanya orang yang dilantik oleh rakyat telah jadi lantang dan juga bersikap ego terhadap rakyat. Kata kata mereka semua ini sungguh menyakit hati. 

Sebagai seorang wakil atau ketua kepada masyarakat, kita harus jangan lupa bagaimana hak dan kuasa itu telah diberikan oleh rakyat itu sendiri. Rakyatlah yang menetukan kedudukan mereka masing masing. 

Seperti pekerja, mereka juga mempunyai hak untuk bersuara dan juga kritik ketua ketua wakil MTUC hari ini. MTUC itu juga seperti kerajaan dan mereka yang dilantik itu harus lihat dari semua segi aspek bahawa keutamaan kebajikan pekerja harus diambil kira. Jangan sampai masanya pekerja akan tendang mereka ini keluar dari pejabat mereka bila keadaan sudah jadi buruk.

Kita masih ada peluang untuk membuat perubahan, buatlah perubahan cepat untuk kepentingan negara dan rakyat jelata wahai ANDA YANG BERKUASA HARI INI! JANJI KITA JANGAN UNDUR ATAU MUNDUR DARI APA YANG KITA INGIN LAKUKAN. KITA MEMPUNYAI HAK, GUNAKAN HAK DAN KUASA PERLEMBAGAAN KITA.

Dan akhirnya, jangan sekali kali kita semua lupa bahawa Allah  juga akan menetukan segala galanya dan akan membaca setiap gerak hati kita.  Dia bagi kita otak untuk  memikir semua ini dan kita harus pakai otak kita untuk mencari jalan yang baik untuk menyelesaikan masalah negara dan isu isu ini.

Bukan bukak mulut dan pakai tenyeh kenyataan bodoh walaupun kita semua tahu benda itu tak betul dan salah! Jangan duk jadi kaki pengampu jer wahai orang orang Melayu...

FIKIR FIKIRLAH SEBELUM TERLAMBAT YER!


"Abdul Wahid berkata kadar pengangguran tahun ini, bagaimanapun mencatat penurunan defisit bajet, yang mengecil selepas Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP), yang diunjur berkembang antara 4.5 hingga 5.5% tahun ini.
Menurut beliau, antara faktor penurunan kadar pengangguran itu ialah berikutan kerjasama antara kerajaan di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC).
Sejak 2011, lebih 19,000 siswazah menerima latihan dan ditempatkan di syarikat-syarikat, antaranya Malaysia Airlines (MAS), the National Capital Berhad (PNB), the Group Gamuda Bhd, Sime Darby Bhd (Sime Darby), Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB). – Bernama"


Read more: http://malaysianreview.com/122580/160-ribu-siswazah-antara-400000-individu-belum-bekerja-di-malaysia/#ixzz3qWqpPj6v










No comments:

Post a Comment