Tuesday, 22 December 2015

Kasi Pagi Makan Pagi, Kais Malam Tak Tentu Lagi

http://hariannews.com/2015/12/22/hidup-ibarat-kais-pagi-makan-pagi-kais-petang-belum-tentu-cuepacs/

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kesatuan Pejawat Awam (Ceupacs) hari ini memang menghangatkan lagi isu arena pekerja dengan kenyataan tajam dan sinis terhadap kerajaan. Tetapi malangnya mana pihak MTUC yang seharusnya juga bersuara bagi pihak pekerja swasta? Ramai sudah mula bertanya mana kepimpinan MTUC hari ini?
Tidak boleh dinafikan memang sudah ramai pekerja di sektor awam dihentikan pekerjaan mereka dan sedang merasakan keperitan dalam menanangi isu kos sara hidup seharian. Kian hari mereka sudah tidak mampu berdiam diri.
Siapa kata semua bagus hari ini? Cuma kerajaan yang kata semua bagus atas sebab mereka kata BRIM akan membantu rakyat lebih dalam keadaan hari ini. Betulker? BRIM diberi setahun sekali dan jika dibahagikan 12 bulan, penerima hanya menerima RM80.00 sebulan! Masuk akal ker?
Masalah ini bukan sebab isu BRIM pun tetapi isunya adalah setiap golongan pekerja sudah mulai merasa gelisah dan susah atas sebab kos hidup semakin naik dan gaji pekerja masih rendah berbanding dengan negara luar.
Sudahlah duit keluar macam paip air bocor tetapi karen letrik masuk pula seceput!
Malaysia masih ketinggalan dalam hal isu skala bayaran gaji tinggi kerana ramai syarikat syarikat gergasi juga masih membayar pekerja mereka dengan gaji yang sungguh rendah. Ada yang membayar pekerja hanya dengan RM1,000 gaji pokok! Tak masuk akal langsung...
Kalau tinggal di bandar jangan harap hendak hidup dengan gaji RM3,000 sebulan sebab bayaran macam ini sememangnya tidak cukup buat pekerja.
Lihat kos kos bayaran seperti tol, minyak dan barang barang keperluan yang hendak dibayar oleh pekerja, lagi teruk apabila seorang suami sahaja yang bekerja dan isteri pula duduk dirumah menjaga anak anak dan mengasuh pakaian dan sekolah mereka.
Si suami pula siang malam bekerja tetapi masih tidak mencukupi untuk memberi lebih atas sebab gaji beliau naik pun seceput.
Banyangkan pekerja di syarikat swasta hari ini cuma menerima gaji bersama elaun sebanyak RM2,000 dan tanggungan dan bayaran benda benda lain sudah lazimnya dibayar tiap tiap bulan??
Macam mana nak langsaikan hutang hutang bank dan bayaran yang lain? Bank pun kian mengacau dan mencari pemiutang sehingga lubang cacing! Adakah mereka memahami keadaan sebenar??
Jadi, apa yang patut dilakukan hari ini oleh kerajaan ialah meneliti balik semula kos sara hidup tiap tiap ketegori pekerja dan mereka harus mencari jalan penyelesaian yang lebih efektif.
Jangan nak naik harga barang tetapi tak naik gaji pulak! Dah muak semua orang asyik duk dengar kalau tak sokong kerajaan, maka mereka semua akan ketinggalan.
Ingin STP menekan disini bahawa sebagai kerajaan dan pemimpin Islam, mereka tidak boleh memuduratkan rakyat mereka. Kerajaan hari ini harus mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.
Jadi di sini jika pemimpin kita sensitif dalam isu agama, mereka juga harus memahami dan membuat sesuatu segera dan jangan buat pekak dan bisu. Pekerja pulak macam pengemis kena mintak tiap tiap kali.
Jadi, jika nak bantu rakyat dan senangkan hidup mereka, buat sesuatu dengan segera. Jangan jadi tunggul dan tunggu bulan jatuh baru hendak selesai masalah pekerja.
MTUC juga harus bersuara untuk pekerja secara umum. Jangan hilang macam chipsmore, kejap ada kejap takda. MTUC harus konsisten dan mendesak kerajaan membuat sesuatu dan selesaikan masalah pekerja swasta secepat mungkin.
Jangan tunggu CEUPACS sahaja yang bersuara. MTUC pun kena tampil ke hadapan. Sesuatu sahaja bila senyap!
Ahli MTUC pun sudah naik boring dan mual dengan alasan barisan pemimpin MTUC yang sentiasa hilang.
Bangun dan bersuaralah MTUC untuk pekerja! Jangan pulak jadi slow macam internet kita....

No comments:

Post a Comment