Tuesday, 22 December 2015
Kasi Pagi Makan Pagi, Kais Malam Tak Tentu Lagi
Thursday, 17 December 2015
Perhimpunan UMNO kekalkan Perdana Menteri Najib malangnya orang Melayu Sudah Berpecah
Perhimpunan UMNO baru baru ini menampakan bertapa hangat isu mengenai kedua pimpinan Presiden dan Timbalan serta Naib Presiden yang masing masing bergelut untuk menekan isu isu semasa.
Tetapi malangnya pada perhimpunan parti Presiden sahaja dapat memberi ucapan dan Timbalan kedua dua tidak dapat berkata apa apa cuma dengar dengan hati yang amat pedih serta pilu.
Orang orang Melayu bersorak sakan di PAU dan memuji parti Presiden serta ahli MT yang hadir. Itulah gambaran PAU tahun ini dan malang sekali tidak nampak macam mana orang Melayu kita boleh tidak nampak kecacatan banyak kepada parti. Mereka hanya mampu senyum dan akur pada Ketua Cawangan yang sudah siap breifing ahli ahli kawasan mereka.
Bagi rakyat di luar perhimpunan ini semua adalah hanya gambaran yang menjadi bahan ketawa dan imej yang sebenar orang Melayu menonjolkan amatlah menghampakan.
Ramai menyatakan bahawa orang Melayu kalau tak bodek tak boleh hidup. Ini falsafah yang tepat kerana Cash Is King dan tidak kira macam mana pun pusing ala pusing, semua akan nampak cantek akhirnya.
Satu kenyataan yang tidak boleh dilupakan ialah walaupun apa yang berlaku dalam parti, UMNO tidak boleh karam kata mereka yang kononya spesis ini akan tetap tutup kemaluan UMNO dan akan lawan pihak yang cuba memecahkan parti UMNO.
Yang pelik ramai pulak orang Melayu kita ni tak sedar diri bahawa kali ini orang orang Melayu pula yang mendesak kepimpinan parti letak jawatan dan bukan orang luar atau bangsa lain. UMNO sudah menjadi satu isu kepada orang Melayu sendiri dimana parti UMNO yang sepatutnya membantu kaum orang Melayu hanya membantu segelintir orang orang mereka terutama sekali yang kaki bodek kepimpinan parti itu sendiri.
Sudah jadi lumrah yang kaki bodek akan kedepan dan mula tunjuk senyum dan cium tangan sehingga hujung kaki pemimpin
Wednesday, 4 November 2015
PEKERJA JANGAN MUNDUR & UNDUR TAPI KENA BANGUN AWAL!
Read more: http://malaysianreview.com/122580/160-ribu-siswazah-antara-400000-individu-belum-bekerja-di-malaysia/#ixzz3qWqpPj6v
Sunday, 1 November 2015
Mengapa Perwakilan MTUC Gagal Dengan Objektif Mempertahankan Hak Kaum Pekerja Di Malaysia
MTUC atau Kongres Kesatuan Pekerja di dalam negara sama sekali telah gagal dengan langkah mereka untuk memperjuangkan hak pekerja di dalam negara.
Sejaknya wujud MTUC pada tahun 1949, mereka telah satu ketika menjadi tulang belakang dalam menenangi isu pekerja malah MTUC menjadi satu platform untuk semua pekerja, maupun warga Malaysia atau warga asing, mereka telah pernah memperjuang dan mempertahankan isu dan kebajikan pekerja.
Setelah beberapa kali penukaran barisan Presiden dan wakil wakil di dalam MTUC, ramai di antara mereka dianggap sebagai catalyst pekerja yang tidak mempunyai tujuan yang sebenarnya. Malangnya, diantara wakil wakil GC atau General Council sendiri, banyak tikam menikam telah berlaku diantara mereka. Tiap tiap persidangang pula ada pulak isu isu seperti pergolakan diantara wakil wakil Kesatuan yang tidak habi habis menyoalkan kedudukan ahli jawatankuasa dan peranan sebenar MTUC.
Isu ini telah membuat ramai dari ketua kesatuan yang mempunyai keahlian menyampah dan mereka akan boikot mesyuarat GC dengan tidak menghantar wakil mereka untuk mendapatkan mandat. Malah ada yang tidak pernah hadir mesyuarat tetapi memegang jawatan sebagai ahli atau wakil MTUC. Bila piket, mereka memilih puak yang mana mereka akan support.
Ada juga barisan depan MTUC pula tidak memberi support atau sokongan atas sebab personaliti masing masing. Yang Presiden pula tak bersetuju dengan Timbalan Presiden dan yang Setiausaha Agong pula tidak setuju dengan pendapat atau idea Presiden. Ramai sudah nampak keretakan di dalam jawatankuasa MTUC sendiri dimana masing masing masing telah bawak diri dan lupa objektif MTUC yang sebenar. Atas sebab inilah banyak perkara tidak dapat diselesaikan oleh mereka dan wujudlah isu penindasan pekerja yang semakin ketara.
Ada pula yang memegang kepentingan hanya untuk bermesyuarat dengan Menteri dan ahli politik atau sibuk naik turun naik turun hadir konvensyen MTUC. Ini semua duit tu...nak dapat elaun, nak memilih mana pulak yang dia pergi dan hadir. Bila hal piket, malas nak turun atau tak nampak muka langsung. Apa cerita ni.
Bila bertanya mengenai masalah pekerja, mereka bercakap seolah olah macam betul betul berjuang untuk pekerja tetapi yang sebenar, tak ambik pot langsung.
Ya, memang bukan semua wakil yang bersikap begini tetapi majoriti wakil dan barisan depan MTUC ini memang nampak tidak ngam, selfish dan bersikap egoistik. Masing masing ada pendapat sendiri dan tidak selaras selalu bila hendak membuat sesuatu untuk kepentingan pekerja. Inilah menimbul banyak masalah dalaman bertahun lamanya di dalam MTUC.
Ada pula diantara puak MTUC ini pulak tidak setuju dengan Timbalan MTUC yang aktif dalam isu pekerja dan sambil itu memegang jawatan sebagai ahli Parlimen. YB MP ini pula akan turun semasa piket dan bertindak sebagai pembela pekerja. Dia juga dikatakan lantang dalam segi pekerja di dalam hujahan Parlimen. Dia ni memang bagus tetapi tidak mendapat support dari wakil MTUC yang sedia ada. Sebenarnya isu ini tidak menjadi masalah jika semua diantara wakil depan MTUC ini memahami peranan masing masing dan bersetuju sebulat suara untuk melaksanakan objektif sebenar iaitu untuk lawan dan membela nasib pekerja di dalam negara.
MTUC mempunyai lebih 500,000 keahlian yang terdiri dari semua pihak Kesatuan di dalam Malaysia tetapi malangnya otai otai Kesatuan ini pulalah yang memeningkan dan memeritkan isu pekerja. Bila adanya satu Kesatuan ditindas atau ahli mereka dibuang, tidak ada support yang diberikan oleh otai otai MTUC kecuali sorang dua. Yang peliknya bila ada piket kawasan atau tempat kilang kecil yang berpiket, wakil MTUC cuma hantar sorang untuk wakilkan isu pekerja ini.
Yang sedih Presiden atau semua wakil yang lain tak turun dan support!! Apa cer...adakah sebab mereka tidak ngam dengan wakil Kesatuan dan ahli yang ditindas itu pula jadi isu perkauman yang besar di MTUC? Sejak bila pula adanya puak puak untuk memilih siapa turun siapa jangan turun?
Objektif MTUC seharusnya menunjuk tauladan sebenar mereka dan fight untuk pekerja yang ditindas. Bukan pilih bulu! Macam rakan dalam satu kilang ni duk mengeluh, buat piket 20 orang sahaja yang hadir dan batang hidung Presiden jarang sekali nampak! Kata nak bantu kami tetapi akhirnya kami terpaksa selesaikan masalah kami melalui pegawai wakil Kesatuan lain dan majikan. Nasib ada yang kesian kepada kami, keluh member sorang ini. Katanya lawan untuk pekerja tetapi hampeh.....
Sebab tulah kami kata mengapa MTUC hari ini sudah hilang fokus dan taring gigi mereka. Motif dan objektif mereka semua sudah lari dan lihatlah sendiri betapa beraninya majikan dan Kerajaan untuk lawan MTUC atau buat bodoh sebab barisan MTUC memang lemah giler!
Baca sini jika tak percaya. http://www.mtuc.org.my/no-government-will-bother-about-mtuc/
Jadi, baiklah pekerja itu sendiri selesai masalah mereka dengan majikan sendiri jika MTUC sendiri tidak boleh buat apa apa.
Hari ini, kita lihat betapa banyak Kesatuan dan wakil pekerja pula ditendang keluar dari syarikat. Ramai wakil ini pula tidak mendapat perlindungan sebab sistem yang selama ini sungguh lemah dan tidak memihak mereka. Jadi, manakah perubahan untuk menguatkan perlindungan untuk Wakil Kesatuan yang seharusnya dilindungi oleh Akta Akta dan undang undang yang sedia ada? Adakah MTUC tentang oleh pihak Kerajaan dan bantu puak puak yang ditindas?
Seperti Grup G18, Renesas Eletronik, Bank NUBE, KTM RUM, MAS, Proton dan wakil Kesatuan yang lain lain, mereka semua diasak dan ditendang oleh majikan mereka dan manakah penyelesaian dari MTUC untuk membantu puak puak ini? MTUC harus terus enjut Kerajaan atau Kementerian Sumber dan guna kuasa mereka untuk memperlindungi kaum Kesatuan jugak! MTCU nampak buat bodoh dan tidak langsung mampu untuk selesaikan masalah mereka atau mengsyorkan kepada Kerajaan agar isu ini dibendung once and for all!
Bukankah Kerajaan harus menghormati dan mendengar nasihat wakil MTUC bila isu ini semua jadi?? Jika wakil Kesatuan ini tidak terbela oleh MTUC, bagaimakah mereka nak jaga hak dan kepentingan berjuta pekerja di dalam negara ini? Beribu pekerja dan rakyat marhaen Malaysia sudah dihentikan semenjak beberapa tahun ini dan MTUC masih tidak nampak bersuara untuk membuat sesuatu! Apa ke halnya??
Isu ini semua sudah jadi viral diantara pekerja sendiri dan hasilnya hari ini ramai diantara mereka marah kepada tindakan "pondan & bisu MTUC" yang nampak tidak guna langsung untuk memperlindungi kaum pekerja di dalam negara ini. Macam mana kata "saviour pekerja" jika isu untuk memperkuatkan Kesatuan dan melindungi pekerja ini pun tak boleh diselesaikan?
Sudahlah...ramai dah kata mereka akan sertai grup yang baru dan akan keluar menjadi ahli MTUC. Kami rasa masa sudah tiba untuk MTUC bangun atau dikuburkan buat selamanya kerana bila isu isu pekerja tidak nampak ada hasilnya, maka tidak gunalah MTUC wujud. Baik sahaja tubuhkan NGO seperti JERIT, PSN, Bersih atau yang mana mana organisasi yang ada "telur" untuk lawan penindasan terhadap rakyat pekerja di dalam negara. Sudahlah, jangan kita jadi bodoh jika MTUC sendiri tidak boleh nak menjerit dan lawan untuk melindungi isu penindasan pekerja.
Ramai di antara pekerja dan wakil Kesatuan hari ini sudah mula pandai menilaikan objektif sebenar MTUC, tak payahlah kaum pekerja atau kesatuan lain berpura pura untuk menyokong MTUC jika MTUC itu sendiri lemah dan atas sebab otai otai Kesatuan dan barisan pertama MTUC diberikan sokongan mereka atas sebab nak jaga status atau kepentingan mereka sendiri.
Wujudnya blog ini hari ini pula adalah usaha orang orang yang pernah duduk di dalam MTUC telah nampak kelemahan dan sikap MTUC yang sentiasa berkhayal dan melamun dalam tidor. Sebenarnya, MTUC tidak kuat dan mereka sudah hilang semua kekuatan mereka atas sebab telah menjadi boneka sesetengah pihak di dalam Kerajaan.
Fikir fikirkanlah yer dan jika kita semua ingin maju sebagai warga pekerja di dalam negara yang maju, idea dan perubahan drastik harus diambil untuk kepentingan dan masa depan pekerja. Yang paling nyata, untuk menjadi wakil Kesatuan pekerja yang kuat, mereka semua kena ada TELUR! Pandai pandailah untuk memperjuangkan hak dan kebaikan kaum pekerja dan bukan untuk kepentingan diri sendiri! MTUC MESTI UBAH!
Bersambung lagi....
Thursday, 29 October 2015
Dimanakah Letaknya Suara MTUC Untuk Membela Nasib Kaum Pekerja Malaysia
Di Malaysia banyak kesatuan pekerja pula dilihat amat lemah dan tidak berani bertindak terhadap majikan atau bersuara untuk pekerja mereka.